Wednesday, January 18, 2017

SURAH AL-KAUTHAR - AYAT 2



AYAT 2 - "Dirikanlah Solat Kerana Rabbmu; dan Berqurbanlah."

Dirikan Solat Dan Qurban Hanya Untuk Allah

Yang dimaksud ayat diatas adalah jadikanlah solat mu hanya kerana Allah dan jangan ada niat untuk yang selain Nya. Begitu pula jadikanlah hasil sembelihan unta ikhlas kerana Allah. Jangan seperti yang dilakukan oleh orang-orang musyrik dimana mereka melakukan sujud kepada selain Allah dan melakukan penyembelihan atas nama selain Allah. Sebagaimana Allah Ta'ala berfirman :

"Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku (sembelihanku), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri (kepada Allah)."
(QS Al-An'am : 162:163)

Qotadah berpendapat bahawa yang dimaksudkan solat disini adalah solat Aidul Adha. Adapun maksud 'naher' adalah penyembelihan pada hari Aidul Adha sebagaimana pendapat Ibnu 'Abbasm 'Atho', Mujahid dan Jamhur. (Lihat Zaadul Masiir, 9:249)

Jika dilihat dari ayat ini, ada dua ibadah yang diperintahkan iaitu solat dan qurban. Maka solatlah untuk Rabb mu satu-satunya, ikhlaskan niat, bersungguh-sungguhlah dalam melaksanakannya dan sembelihlah haiwan kurban mu baik berupa unta, sapi atau kambing. Semuanya harus diserahkan dan dipersembahkan hanya untuk Allah SWT.

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'dy rahimahullah berkata, "Disebutkan secara khusus dua ibadah dalam ayat ini kerana keduanya (solat dan qurban) merupakan ibadah yang paling utama dan paling mulia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam solat terkandung ketundukan hati dan perbuatan untuk Allah SWT dan dalam ibadah qurban merupakan bentuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sesuatu yang terbaik dari apa yang dimiliki oleh seorang hamba berupa haiwan kurban.
(Tafsir as-Sa'diy hal 936)

Hubungan Ayat Kedua Dengan Ayat Pertama

Hubungan ayat kedua ini dengan ayat pertama adalah bimbingan untuk bersyukur bagi yang diberi nikmat iaitu Rasulullah SAW kepada sang pemberi nikmat iaitu Allah SWT. Demikian pula pada dua ayat tersebut terdapat penjelasan bagaimana semestinya kita mensyukuri nikmat iaitu tidak hanya dengan ucapan sahaja, tetapi juga dengan amalan ibadah yang terkait dengan anggota badan kita. Erti syukur adalah nampaknya pengaruh nikmat Allah SWT atas seorang hamba melalui lisannya dengan cara memuji dan mengakuinya; melalui hati dengan cara meyakininya dan cinta seta melalui anggota badan dengan penuh ketundukan dan ketaatan. 
(Madarijus Salikin 2/247)

Ketahuilah bahawa ibdah-ibadah yang kita amalkan ataupun segala sesuatu yang kita persembahkan untuk Allah SWT tidaklah sebanding dengan apa yang Allah SWT berikan kepada kita berupa nikmat-nikmat yang begitu banyak. Sepanjang hari kita tenggelam dalam kenikmatan Allah SWT. Setiap saat kita merasakan berbagai nikmat kemudian beralih kepada nkmat yang lain. Bahkan terkadang kita tidak membayangkan sebelumnya akan terjadi dan mendapatkannya. Sangat besar dan banyanikmat-nikmat tersebut hingga tidak mampu untuk dibatasi atau dihitung dengan alat canggih apapun dimasa kini. Semua ini tentunya menunjukkan betapa besar kurniaan dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba Nya.




No comments:

Post a Comment