AYAT 3 - Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Yang dimaksudkan ayat ini adalah orang-orang yang membenci dan memusuhi Nabi Muhammad SAW akhirnya yang terputus dan tidak ada lagi penyebutan (pujian) utuknya setelah mati. Orang-orang Quraisy menyatakan demikian setelah Rasulullah SAW tidak lagi memiliki keturunan laki-laki (semuanya meninggal dunia). Maka Allah pun membalasnya dengan meninggikan pujian bagi beliau. Beliau dipuji oleh orang terdahulu dan terkemudian hingga hari pembalasan. Sebenarnya orang yang memusuhi beliau itulah yang terputus di belakang.
(Keterangan dari Musthofa Al 'Adawi, Tafsir Juz 'Amma, hal no 294)
Ibnul Jauzi mengatakan bahawa yang dimaksudkan 'abtar' adalah terputus dari kebaikan.
(Zaadul Masiir, 9:251)
'Ikrimah berkata bahawa yang dimaksudkan 'abtar' adalah bersendirian. As Sudi mengatakan bahawa dahulu jika ada seseorang yang anak laki-lakinya meninggal dunia, maka ia disebut abtar (batar). Ketika anak Rasulullah SAW meninggal dunia, orang-orang Quraisy mengatakan, "Bataro Muhammad (Muhammad terputus)".
(Lihat Tafsir Al-Qur'an Al 'Azhim 14:483)
Ibnu Katsir menjelaskan, "Yang dimaksudkan abtar adalah jika seseorang meninggal dunia, maka ia tidak akan lagi disebut-sebut (disanjung-sanjung). Inilah kejahilan orang-orang musyrik. Mereka sangka bahawa jika anak laki-laki seseorang mati, maka ia pun tidak akan disanjung. Padahal tiddak demikian. Bahkan beliaulah yang tetap disanjung saat manusia dikumpulkan dan dikembalikan."
(Tafsir Al-Quran Al 'Azhim, 14:483)
Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin berisi penjelasan mengenai nikmat yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah SAW iaitu beliau dikurniakan kebaikan yang banyak. Kemudian di dalamnya berisi perintah untuk mengerjakan solat dan berqurban juga ibadah lainnya atas dasar ikhlas kerana Allah. Kemudian terakhir dijelaskan bahawa siapa yang membenci Rasulullah SAW walaupun membenci satu sahaja ajaran dari baginda, maka merekalah yang nantinya terputus iaitu tidak mendapat kebaikan dan barokah.
(Tafsir Juz 'Amma, 281)
Sebab Semua Putera Nabi Diwafatkan Masih Kecil
Semua anak-anak Nabi Muhammad SAW berjumlah tujuh orang. Sebagaimana yang disebut dalam kitab Tarikh al-Hawadits wa-I-Ahwal an-Nabawiyyah karya as- Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, putera-puteri Rasulullah SAW adalah sebagai berikut :
Al-Qasim, seorang laki-laki, anak pertama Rasulullah SAW yang dilahirkan dan meninggal sebelum masuk masa kenabian (masa mulai turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW), ketika meninggal ia masih berusia dua tahun.
Abdullah, putera Nabi SAW yang disebut juga at-Thayyib dan at-Thahir, ada pula yang berpendapat bahawa nama lainnya adalah at-Thayyib bukan at-Thahir. Mengenai kelahirannya ada yang berpendapat bahawa ia lahir tak pernah menemui masa kenabian.
Zainab, anak perempuan Rasulullah SAW yang tertua. Melahirkan anak yang bernama 'Aliy dan Yahya yang keduanya meninggal waktu masih kecil.
Ruqayyah, puteri Rasulullah SAW yang diperisterikan oleh Utsman bin Affan. Beliau melahirkan seorang anak yang bernama Abdullah. Puteri Rasulullah SAW ini wafat pada hari ketika Zaid bin Haritsah menyampaikan berita gembira tentang kemenangan kaum muslimin dalam pertempuran di Badar.
Ummu Kaltsum, puteri Nabi SAW yang dinikahi oleh Utsman bin Affan setelah saudarinya (Ruqayyah) wafat. Ummu Kaltsum wafat pada bulan Sya'ban tahun 9 hijrah tanpa memiliki anak.
Fathimah, puteri Nabi SAW yang diperisterikan oleh 'Ali bin Abi Thalib. Beliau melahirkan anak yang bernama Hasan, Husain, Muhsin, Ruqayyah, Zainab dan Ummu Kultsum. Adapun Muhsin dan Ummu Kultsum meninggal waktu masih kecil.
Ibrahim, putera Rasulullah yang meninggal saat berumur tujuh puluh malam, ada pula yang mengatakan saat berusia tujuh bulan dan yang lain berpendapat berumur lapan bulan.
Putera dan puteri Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fatimah dilahirkan di Makkah oleh isteri Nabi SAW yang pertama iaitu Khadijah r.a. Semua puteri Rasulullah SAW pernah mengalami masa kenabian, masuk Islam dan turut berhijrah ke Madinah.
Adapun Ibrahim dilahirkan di Madinah oleh isteri Nabi SAW yang bernama Maria al-Qibthiyyah (orang Mesir. Semua anak-anak Nabi SAW meninggal saat beliau masih hidup, kecuali Fatimah yang wafat paling akhir, iaitu tujuh bulan setelah wafatnya Rasulullah SAW.
Mengapa Semua Putera Nabi Diwafatkan Masih Kecil ?
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, putera-putera Rasulullah SAW (al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim) semuanya meninggal ketika masih kecil, sehingga keturunan Rasulullah SAW diteruskan lewat anak perempuan beliau. Mengapa bukan dari anak laki-lakinya dan mengapa pula mereka diwafatkan sewaktu kecil?
Ini kerana Nabi Muhammad SAW telah ditetapkan sebagai nabi terakhir sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an Surah Al-Ahzab ayat 40 yang bermaksud :
".....tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para Nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Oleh kerana itu seandainya putera-putera beliau tumbuh dewasa, maka mereka hanya akan menjadi orang biasa dan tidak akan mungkin menjadi nabi, padahal nabi-nabi yang lain mempunyai putera-putera yang menjadi nabi (seperti nabi Ibrahim yang punya anak Nabi Ismail dan Nabi Ishaq; Nabi Ya'qub mempunyai anak Nabi Yusuf; Nabi Daud yang mempunyai anak Nabi Sulaiman), untuk itulah Allah mewafatkan putera-putera Rasulullah SAW, agar kehormatan dan keutamaan beliau sebagai Pemimpin/Penghulu Para Nabi dan Rasul (Sayyidul Anbiya' wal Mursalin) tetap terjaga. Seterusnya keturunan Rasulullah SAW diteruskan oleh anak perempuan beliau kerana orang perempuan tidak pernah menjadi nabi.